Thursday, October 10, 2013

Soal jawab antara Rasulullah s.a.w dengan Jibril

Read more

"


Umar bin Khattab meriwayatkan, �Pada suatu hari ketika kami sedang duduk dengan Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang memakai pakaian putih bersih dan rambutnya hitam berkilat. Tidak ada tanda-tanda dia baru datang dari jauh. Tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenali orang itu.
Duduk bertemu lutut

Lelaki itu datang lalu duduk betul-betul di depan Nabi Muhammad SAW sehingga kedua-dua lutut lelaki itu bersentuhan dengan lutut Nabi Muhammad SAW.

Kemudian lelaki itu meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya di atas pahanya lalu bertanya: Terangkan apa itu Islam. Jawab Nabi Muhammad SAW: Islam adalah kamu mengakui yang tiada Tuhan lain kecuali Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu bersembahyang, kamu membayar zakat, kamu berpuasa sepanjang Ramadan dan kamu menunaikan haji apabila mampu.

�Betul�, kata lelaki itu. Kami semua berasa hairan bagaimana pula dia yang bertanya dan kemudian dia pula yang menyatakan jawapan itu betul. Kemudian lelaki itu bertanya lagi: Terangkan apa itu iman? Jawab Nabi Muhammad SAW: Kamu percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat-Nya, percaya kepada kitab-kitab suci yang diterima oleh pesuruh Allah, percaya adanya akhirat dan kamu percaya kepada takdir Allah, sama ada yang baik atau buruk.

�Betul�, kata lelaki itu. Kemudian dia bertanya lagi: Terangkan apa itu ihsan? Jawab Nabi Muhammad SAW: Kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu nampak Dia, dan apabila kamu tidak nampak Dia, kamu yakin Dia nampak kamu. Kemudian lelaki itu bertanya lagi: Terangkan bilakah kiamat akan terjadi. Nabi Muhammad SAW menjawab: Yang ditanya dan yang bertanya sama-sama tidak tahu.

Tanda hari akhirat

Kemudian lelaki itu bertanya lagi: Terangkan apa tanda-tanda hari akan kiamat? Jawab Nabi Muhammad SAW: Apabila perempuan hamba melahirkan majikan mereka sendiri. Apabila orang yang tidak berkasut, orang yang telanjang, orang miskin dan penternak kambing berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi.

Selepas mendengar jawapan Nabi Muhammad SAW, lelaki itu pun pergi. Saya terdiam beberapa waktu sehingga Nabi Muhammad SAW menjelaskan: Umar, tahulah saudara siapa lelaki tadi? Saya menjawab: Allah dan pesuruh-Nya yang lebih tahu. Kata Nabi Muhammad: Lelaki tadi adalah malaikat Jibrail. Dia datang bagi menerangkan kepada saudara sekalian berkenaan agama saudara.� (Riwayat Muslim)

Sumber: Riyadus Solihin Taman Orang Soleh/ 

*Sumber dari al-bakriah.com.my
"

0 comments

Post a Comment